PUTRAJAYA: Kerajaan komited melaksanakan keputusan berkaitan pemberian 40 peratus hasil kepada Sabah dan proses perbincangan rasmi telah dimulakan seperti diarahkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sebelum ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, turut dibincangkan termasuklah status pelaksanaan keputusan mahkamah dan perkembangan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Saya juga telah…










