PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 7 malam ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak). Amaran itu turut membabitkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan…










