PETALING JAYA: Isu integriti, rasuah dan pendidikan menjadi fokus utama yang bakal dibangkitkan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula hari ini. Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan berkata, antara kebimbangan Ahli Parlimen ketika ini ialah dakwaan rasuah membabitkan pegawai tertinggi tentera yang boleh menggugat keselamatan negara. “Bagaimana di satu pihak yang rakyat mengharapkan soal berkaitan keamanan dan keselamatan negara dijaga, namun ada pula mengambil kesempatan atas…










