Hilang suami selepas pulih kanser tahap tiga - Utusan Malaysia

Hilang suami selepas pulih kanser tahap tiga

NORHASLINDA Mohd. Jusoh (kiri) ditemani anak angkatnya menunjukkan gambar bersama arwah suami ketika ditemui di RPA Padang Besar, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Sebelum ini, si suami berkorban seluruh jiwa­nya menjaga Norhaslinda Mohd Jusoh, 51, yang menderita kan­ser pangkal rahim tahap tiga.

Ketika penyakit Norhaslinda semakin pulih, Zulkeple Muhammad pergi dahulu menghadap Ilahi pada usia 59 tahun pada Disember tahun lalu kerana turut menghidap kanser.

Norhaslinda berkata, Sya­wal tahun ini seakan hilang se­ri tanpa insan tersayang­ yang selama ini banyak ber­kor­ban demi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Allahyarham sentiasa mengutamakan anak-anak bagi memastikan mereka mempunyai setidak-tidaknya sepasang baju raya, meskipun hidup serba kekurangan.

“Kami mempunyai dua anak lelaki berusia 34 dan 33 tahun yang bekerja di luar dan turut mengambil seorang anak angkat perempuan berusia sembilan tahun yang masih bersekolah.

“Selalunya arwah menjadi insan paling sibuk setiap kali raya untuk pastikan semua persiapan mencukupi, namun tahun ini tidak lagi semeriah dulu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Padang Besar di sini.

Norhaslinda berkata, pada Julai 2022, dia disahkan me­ngidap kanser pangkal rahim tahap tiga dan sepanjang menjalani rawatan, Zulkeple merupakan individu yang banyak memberi sokongan moral serta membantu proses pemulihannya.

Ujarnya, selepas menjalani pembedahan dan kitaran rawatan kimoterapi pada Mei tahun lalu, sel kanser itu tidak lagi aktif, namun

Allahyarham pula disahkan mengidap kan­ser prostat tahap empat.

“Sejak itu, suami tidak la­gi dapat meneruskan kerja se­bagai pemandu e-hailing dan hanya terlantar dengan men­jalani prosedur rawatan ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini