KUALA LUMPUR: Jumlah tunggakan cukai terlebih bayar yang masih belum dibayar oleh kerajaan dijangka terus meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pengurusan kewangan negara. Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Disember lalu mengenai peruntukan RM4 bilion bagi melunaskan hutang kerajaan kepada pembayar cukai memberi implikasi besar terhadap kedudukan fiskal negara. Katanya, kerajaan perlu menjelaskan jumlah sebenar cukai yang terlebih bayar oleh…









