GEORGE TOWN: Pusat membeli-belah yang akan dibangunkan di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) di The Light City, di sini tidak akan menyebabkan berlakunya isu lambakan pusat membeli-belah di Pulau Pinang ketika ini. Pengarah Pembangunan Jangka Panjang IJM Land Berhad, Datuk Tony Ling Thou Lung selaku pemilik projek berkata, pembangunan pusat membeli-belah itu sebaliknya merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur yang dirancang secara bersepadu. “Pusat membeli-belah tersebut bukan dibangunkan secara bersendirian. Sebaliknya,…










