KUALA TERENGGANU: Keaslian dan nilai warisan songket Terengganu semakin terancam susulan lambakan songket tiruan di pasaran termasuk produk import dari luar negara yang dijual pada harga jauh lebih murah. Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Azrul Hussein berkata, kebanyakan songket tiruan dibuat menggunakan mesin di kilang. Katanya, ada juga songket dari luar negara seperti India yang dijual di pasaran tempatan namun tidak boleh dianggap sebagai songket asli Terengganu. “Kita melihat lambakan…










