PPP kembali sertai BN

PPP kembali sertai BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) sah menjadi salah satu parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tiada parti lain yang boleh mempertikai penyertaan PPP di dalam BN.

PPP ditubuhkan pada 1953 dan merupakan parti komponen BN sejak 1974.

Perebutan teraju kepimpinan sebelum ini membawa kepada pembatalan pendaftaran PPP dan menyebabkan parti itu terkeluar daripada BN.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN