PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan dua lelaki di kawasan awam Taman Sungai Chua, Kajang dekat sini, semalam. Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu tular di media sosial menerusi rakaman video memaparkan kedua-dua individu terbabit bertindak agresif di hadapan orang ramai. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada pukul 11.16 malam tadi. Menurutnya, setakat…










