KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur membongkar satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan minuman berperisa menyerupai air biasa sebagai medium edaran dalam tiga serbuan di sekitar ibu negara, Rabu lalu. Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dan aset sitaan dianggarkan bernilai RM978,857. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil risikan dengan kerjasama maklumat orang awam, pihaknya…










