SERDANG: Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim perlu dilaksanakan dengan tegas tanpa kompromi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, titah Seri Paduka adalah jelas dan kerajaan akan melaksanakannya dengan tegas. “Jelas, bagus (dan) laksana dengan tegas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan ASEAN-Malaysia 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini. Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di…










