KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan migran yang turut menggunakan media sosial bagi mengiklankan aktiviti mereka itu tumpas hasil serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabak Bernam, Selangor Jumaat lalu. Seramai 43 warga Indonesia yang dipercayai dibawa masuk secara haram melalui pesisir pantai Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam ditahan dalam serbuan pada pukul 5.30 pagi itu. Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, turut ditahan oleh Pasukan Khas…










