PETALING JAYA: Perpaduan orang Melayu perlu berpaksikan nilai Madani dan rahmah, bukan politik kebencian serta amarah, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, Amanah sentiasa terbuka terhadap sebarang usaha memartabatkan perpaduan ummah. “Bagi kami, sebarang kerjasama politik mempunyai garis merah (red lines) yang tidak boleh dilanggar. “Pertamanya, perpaduan mestilah bersifat inklusif dan tidak berteraskan assabiyah atau perkauman sempit. “Kekuatan Melayu seharusnya…










