PETALING JAYA: Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) perlu ditentukan sepenuhnya melalui keputusan Ahli Majlis Tertinggi PN berdasarkan merit, sokongan majoriti kepimpinan serta kemampuan menyatukan gabungan parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, perkara itu tidak bermakna penyerahan kuasa kepada mana-mana parti komponen susulan peletakan jawatan pengerusi sebelum ini. Katanya, pencalonan pengerusi baharu PN terbuka kepada mana-mana pemimpin daripada parti komponen gabungan tanpa…










