SUNGAI PETANI: Seorang pengarah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa melibatkan dirinya. Suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu disyaki menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Koperasi dengan melantik syarikat milik anaknya untuk kerja-kerja pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000. Dia ditahan kira-kira pukul 1 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sungai Petani. “Siasatan…










