Pemuda DAP `sindir’ PAU, lebih kerap sebut nama pemimpin DAP

Pemuda DAP `sindir’ PAU, lebih kerap sebut nama pemimpin DAP

WOO KAH LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda DAP mengkritik Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dengan menyifatkannya seolah-olah telah bertukar menjadi `Perhimpunan Agung DAP’ (PAD) susulan kekerapan pemimpin UMNO menyebut nama DAP dalam ucapan mereka.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, hampir setiap ucapan menyentuh mengenai DAP, malah nama pemimpin parti itu disebut lebih kerap berbanding pemimpin UMNO sendiri.

“Sampai ada yang mengatakan ‘tak pernah bersama’. Hakikatnya, dalam mana-mana pasukan, bukan semua rakan sekerja itu rapat atau serasi, dan tidak semestinya makan minum bersama selepas waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kah Leong, adalah lebih penting untuk mengekalkan profesionalisme ketika menjalankan tanggungjawab, bukannya mengeluarkan kenyataan bersifat retorik semata-mata untuk menunjukkan kekuatan politik.

Beliau berkata, pengundi kini semakin muak dengan ‘wayang politik’ yang hanya menghiburkan segelintir pihak tetapi tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

Selain itu, beliau turut menyindir pendekatan menjadikan DAP sebagai ‘musuh khayalan’ kononnya bagi meraih sokongan politik.

“Jika ada yang merasakan mereka boleh bangkit semula dengan menjadikan DAP sebagai musuh khayalan, silakan.

“Namun apabila berdepan Pas dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kerusi-kerusi campuran kelak, jangan pula menukar nada dan berkata ‘kami wajib bersama’. Rakyat adalah bijak dan sedang menilai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN