Pemandu Honda Jazz  direman empat hari

Kemalangan maut penuntut UniSZA: Pemandu Honda Jazz  direman empat hari

PEMANDU kereta Honda Jazz yang terlibat kemalangan meragut nyawa penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu direman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah membenarkan pemandu kereta  Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan di sini, Isnin lalu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membatu siasatan polis.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek lelaki berusia 32 tahun itu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi sebelum permohonan reman dikemukakan bagi melengkapkan siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang Isnin lalu, sebuah Perodua Viva yang dipandu mangsa, Syakirah Hanan Mazli dirempuh sebuah Honda Jazz di lokasi kejadian.

Mangsa adalah pelajar Semester 2 Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UniSZA. Pelanggaran itu mengakibatkan Syakirah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor  mengesahkan suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD) sejak Januari tahun lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz terbabit disyaki melarikan sebuah dompet milik pemilik Honda City yang mengandungi wang tunai kira-kira RM200 sebelum memecut kenderaannya, sekali gus terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pelajar UniSZA berkenaan. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×