KUALA LUMPUR: Peguam kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan mungkin akan memfailkan representasi selepas meneliti dokumen yang bakal diserahkan oleh pihak pendakwaan. Ketika prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan representasi sekiranya terdapat sebarang kelemahan, ketidakpatuhan atau isu undang-undang yang berbangkit daripada pertuduhan yang…










