JOHOR BAHRU: Nurul Ain Hanani, 23, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur sejak Isnin lalu selamat ditemukan di bandar ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita itu ditemukan dalam keadaan baik di sebuah hotel di sekitar Permas Jaya.
“Orang hilang (OH) dilaporkan hilang di Cheras. Semalam OH telah dijumpai di salah sebuah hotel di kawasan Permas Jaya. Keluarga OH juga akan hadir ke Balai Polis Permas Jaya untuk mengambilnya. OH dalam keadaan baik,” katanya hari ini.
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, keluarga Nurul Ain membuat laporan polis bagi mengesan keberadaannya yang gagal dihubungi sejak Isnin. – UTUSAN










