Pasangan kekasih maut rentung kereta terbakar

Pasangan kekasih maut rentung kereta terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta jenis Honda Civic FD di Plaza Tol Jitra, Kubang Pasu, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Identiti dua mangsa yang rentung dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra arah utara, awal pagi hari ini dikenal pasti sebagai seorang lelaki yang juga peniaga dan kekasihnya.

Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, mangsa, Pang Seng Ching, 20, dan teman wanitanya, Tan Hui Shan, 19, disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta mereka dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi lorong tol dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada selain kesan melecur di anggota badan.

“Siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipandu Seng Ching hilang kawalan ketika melalui kawasan plaza tol lalu melanggar pembahagi lorong tol. Keadaan jalan dan cuaca ketika kejadian adalah baik dan tiada kenderaan lain terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut salah seorang anggota keluarga Seng Ching yang enggan dikenali, mangsa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang membawa teman wanitanya bertemu keluarga di Pauh, Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN