Konflik geopolitik berisiko tingkatkan kos bina rumah

Konflik geopolitik berisiko tingkatkan kos bina rumah

NUR JASMINE LAU LEBY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konflik geopolitik global berpotensi memberi kesan tidak langsung kepada harga rumah di Malaysia kerana ia mengganggu rantaian bekalan bahan binaan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Nur Jasmine Lau Leby berkata, situasi tersebut boleh meningkatkan kos bahan binaan serta tenaga sekali gus menaikkan kos pembinaan rumah.

Katanya, keadaan itu juga berpotensi menyebabkan pro­jek perumahan baharu me­ngambil masa lebih lama untuk disiapkan.

“Dalam pasaran perumahan ketegangan geopolitik boleh mempengaruhi harga namun kesannya lazimnya tidak berlaku secara serta-merta dan biasanya berlaku secara berperingkat.

“Dari sudut permintaan pula, pembeli dan pelabur mungkin lebih berhati-hati disebabkan peningkatan kadar faedah, inflasi serta ketidakpastian ekonomi semasa.

“Peristiwa geopolitik juga boleh menjejaskan pelaburan asing dan pergerakan mata wang sekali gus mempenga­ruhi pasaran hartanah khususnya di kawasan bandar se­perti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nur Jasmine berkata, ketegangan geopolitik boleh menjejaskan keyakinan pembeli rumah buat kali pertama, namun keputusan membeli rumah di Malaysia masih banyak dipe­ngaruhi oleh faktor tempatan.

Katanya, antara faktor utama yang menentukan keputusan tersebut termasuk pendapatan, kemampuan membeli, akses kepada pinjaman perumahan serta ketersediaan rumah di pasaran.

“Walaupun ada pembeli yang yakin dengan proses pembelian rumah, realiti se­perti harga hartanah yang tinggi, kelayakan pinjaman dan kekurangan pilihan rumah sering mengehadkan tindakan mereka,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN