KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan Program MyLesen B2 dalam kalangan pelajar sekolah menengah menunggang motosikal, bagi mengurangkan kes kemalangan maut membabitkan golongan itu. Pelaksanaan program itu antara langkah intervensi dijalankan MOT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan pelajar sekolah yang menunggang motosikal. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara faktor menyumbang kepada kemalangan motosikal adalah tingkah laku berisiko, interaksi trafik bercampur kenderaan berat, kurang kemahiran menunggang secara…










