KUALA LUMPUR: Lebih RM7 juta duit mangsa penipuan atau scam berjaya dipulangkan sepanjang dua tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 20 individu dari 51 kes dilaporkan berjaya dituduh di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan Subseksyen 424A. Beliau berkata, tiga kes lagi diklasifikasikan tiada tindakan lanjut, tujuh pula diklasifikasikan sebagai kemas untuk simpan sementara 21 kes masih disiasat. Katanya, di bawah Kanun Keseksaan Subseksyen 424B…










