KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan perjanjian itu menepati tujuan asalnya iaitu menjamin kelangsungan perdagangan dengan negara tersebut. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penilaian yang sedang dijalan akan mengenalpasti mana-mana peruntukan di bawah ART yang memerlukan penambahbaikan atau perlindungan yang lebih komprehensif. Beliau berkata, ia bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan dasar…










