SEPANG: Oriental Kopi Holdings Bhd. (Oriental Kopi), pengendali rangkaian kafe makanan dan minuman terkemuka melancarkan cawangan terbaharunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) di sini hari ini. Pengerusinya, Datuk Dr. Tengku Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, kehadiran Oriental Kopi di KLIA1 penting bagi menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Beliau berkata, KLIA1 ialah pintu masuk utama Malaysia yang menyambut jutaan pelancong dari…










