PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan seorang remaja lelaki yang dipercayai dibaham buaya di Pulau Bruit, Mukah, Sarawak, Jumaat lepas, ditamatkan selepas mangsa gagal ditemukan. Semalam, sebuah mesyuarat melibatkan semua agensi diadakan bagi memutuskan penamatan operasi itu pada pukul 2 petang. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR mencari mangsa, Agustine Fernando Nyalong, 14, memasuki hari ketujuh bermula seawal pukul…










