SEREMBAN: Negeri Sembilan mempertahankan gelaran apabila muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Piala Agong Ke-65 Tahun 2025, di sini semalam. Ia merupakan kejayaan kali kelapan secara berturut-turut pasukan itu dalam siri kejohanan tersebut. Kemenangan itu menjadi lebih bermakna apabila pasukan wanita Negeri Sembilan kembali sebagai juara kategori wanita selepas terlepas kedudukan itu dalam siri kejohanan itu tahun lalu. Pasukan lelaki Negeri Sembilan menumpaskan Johor, 79-64,…










