PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menghidupkan semula saman menuntut RM1.9 juta daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa telah melakukan misfeasans (gagal melaksanakan tugas dengan betul) dan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) serta cuai ketika memegang jawatan itu. Tommy menyandang jawatan Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020. Najib didakwa buat pertama kali bagi kesalahan membabitkan penyelewengan dana SRC International…










