KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd. Nor, diasak bertubi-tubi oleh beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) susulan kenyataannya berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Dalam perbahasannya, Salamiah menegaskan isu UEC bukan isu perkauman, sebaliknya berkait rapat dengan dasar pendidikan kebangsaan serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Beliau berkata, jumlah pelajar UEC dianggarkan sekitar 90,000 orang, mewakili…










