KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor menegur dua timbalan menteri kerana berbual ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung.
Teguran itu diberikan kepada kedua-dua timbalan menteri berkenaan kerana dilihat tidak memberi perhatian sewaktu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan jawapan ketika sesi soal jawab berlangsung.
Katanya, ahli-ahli Dewan Rakyat perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap sesi persidangan bagi memastikan kelancaran perbahasan dan tumpuan terhadap isu dibincangkan.
“Sebentar, timbalan menteri rasanya dalam Kabinet pun sudah puas (berbual), jadi tolong beri perhatian ketika menteri tengah menjawab. Ambil maklumlah ya,” katanya ketika sesi soal jawab lisan berlangsung di Dewa Rakyat hari ini. – UTUSAN










