IPOH: Sebuah motosikal yang didapati tidak mempunyai brek belakang antara lapan kenderaan termasuk sebuah kereta yang disita dalam Operasi Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini. Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan menegaskan, tindakan menanggalkan brek belakang motosikal boleh mengundang risiko kemalangan serius khususnya ketika berdepan situasi kecemasan. “Bayangkan jika berlaku kecemasan, pejalan kaki dan haiwan melintas atau kenderaan di hadapan berhenti…










