KUALA LUMPUR: Mesyuarat Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya berlangsung hari ini untuk membincangkan kedudukan Pengerusi gabungan itu dibatalkan atas alasan tidak mengikut Perlembagaan parti. Sumber berkata, pembatalan dibuat atas permintaan presiden-presiden komponen PN. “Mesyuarat Tertinggi melanggar Perlembagaan PN di mana perlu diadakan satu mesyuarat lain untuk selaras input dalam kalangan parti komponen sebelum mengadakan Mesyuarat MT. “Namun ia tidak dibuat. Sebab itu ada bantahan dalam kalangan Presiden parti komponen…










