KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan bagi mengawal keributan yang berlaku di dalam gabungan tersebut. Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kemelut yang sedang berlaku di dalam PN pada asalnya merupakan perkara kecil atau ‘ribut dalam secawan kopi’ tetapi ia membesar sehingga terkeluar dari ‘cawan’ kerana orang yang bertanggungjawab gagal mengawalnya. Beliau berkata, Mesyuarat tergempar MT…










