KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang melaksanakan proses Medan Ujian Regulatori bagi menilai pendekatan teknologi yang sesuai untuk mencegah individu berumur bawah 16 tahun menggunakan media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, proses dengan kerjasama penyedia platform media sosial itu juga bertujuan memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap golongan kanak-kanak dalam persekitaran digital. “MCMC bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk menilai pendekatan teknologi yang…









