Masa jadi exco tak mahu lawat ladang babi, MB Selangor bidas ahli Parlimen Pas - Utusan Malaysia

Masa jadi exco tak mahu lawat ladang babi, MB Selangor bidas ahli Parlimen Pas

Hina Sultan Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen Pas didakwa hipokrit kerana hanya melawat ladang babi yang mencetuskan perdebatan baru-baru ini, semata-mata untuk mengkritik kerajaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mahu menutup ladang babi tradisional di Kuala Langat akibat masalah pencemaran.

Katanya, sekiranya ladang babi yang tercemar itu tidak ditutup, maka ia akan menimbulkan masalah dan bukan Selangor sahaja mempunyai pelan untuk memindahkan ladang babi ke kawasan lebih bersesuaian.

“Pasir Mas (Ahmad Fadhli Shaari) melawat di kawasan yang tercemar, itulah kawasan yang kita nak tutup dan kawan saya, Kuala Langat (Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi) dulu dia Exco Pertanian (Selangor).

“Tetapi masa dia (Ahmad Yunus) jadi Exco Pertanian, dia tidak lawat kandang babi. Masa jadi pembangkang, dia lawat kandang babi. Itu menjadi masalah,” katanya sewaktu membahaskan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Kerajaan Negeri Selangor mengakui cadangan untuk membina ladang babi berpusat berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor menerima bantahan keras daripada rakyat dan penduduk di kawasan berkenaan.

Kerajaan negeri me­nyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek itu ditangguh atau dibatalkan sementara.

Amirudin (PH-Gombak) berkata, kerajaan negeri akan menilai kawasan lebih sesuai untuk projek pembangunan ladang babi itu iaitu jauh dari penempatan rakyat.

Katanya, ia untuk penternakan yang komprehensif dengan nilai 30 peratus untuk pasaran tempatan.

“Itu masalahnya, apabila sentimen telah menguasai lebih dari data, itu boleh kaitkan bagaimana cara dan pandangan pembangkang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×