PETALING JAYA: Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Wanita PN Pusat jika ia merupakan keputusan bersama yang dibuat secara matang dan berlandaskan kepentingan parti serta gabungan. Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, beliau sedia maklum terdapat desakan untuk beliau meletakkan kedua-dua jawatan tersebut susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN. Katanya, keputusan tidak…










