PN kekal pembangkang DUN Melaka

PN kekal pembangkang DUN Melaka

MOHD. YADZIL YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) Melaka terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan bagi melaksanakan proses semak dan imbang terhadap kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, beliau mengambil alih peranan tersebut selepas Pakatan Harapan (PH) mengesahkan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Jelasnya, peranan baharu itu selaras dengan situasi politik semasa di peringkat Persekutuan yang mana PN kekal sebagai pembangkang.

“Kita kekal sebagai pembangkang supaya dapat melakukan proses semak dan imbang kepada kerajaan bagi memastikan pentadbiran berjalan dengan baik, telus dan kurang ketirisan yang berlaku demi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Walaupun dulu pembangkang ramai, namun tetap berdepan pelbagai masalah. Tapi macam mana pun, kita mengamalkan politik matang dan cuba memperjuangkan rakyat sebaik mungkin dengan harapan pihak kerajaan negeri akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan, PH Melaka mengesahkan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama BN di negeri ini selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Persekutuan.

Ini bermakna lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di DUN Melaka yang dahulunya berada dalam blok pembangkang bersama dua lagi ADUN PN, kini bertukar posisi ke blok kerajaan.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah mencapai kata sepakat untuk mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yadzil yang juga ADUN Bemban berkata, PN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PH, meskipun gabungan itu kini menjadi sebahagian kerajaan negeri.

“Walaupun suara pembangkang tinggal dua sahaja, tetapi apabila berbual dengan wakil rakyat PH, mereka tetap akan menyuarakan isu-isu yang timbul. Jiwa pembangkang tetap ada,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.