DUNGUN: Mayat mangsa kedua yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah, di sini ditemukan awal pagi selepas 14 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shahrizal Samsuddin berkata, mayat Mohd. Fazir Shafie, 37, dijumpai pukul 12.35 pagi terdampar di kawasan pesisir pantai oleh pasukan penyelamat, iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas. “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan…










