SERDANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan dihormati dunia sekiranya negara terus dibelenggu perpecahan akibat sentimen politik, kaum atau negeri. Menurut Perdana Menteri, kejayaan negara mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 membuktikan keupayaan negara daripada segi pengurusan ekonomi, keselamatan serta layanan mesra terhadap tetamu dan delegasi antarabangsa. Katanya, tiada seorang pengunjung luar yang pulang tanpa terkesan dengan kehebatan Malaysia, merangkumi kecekapan pengurusan ekonomi, kawalan keselamatan serta sikap ramah rakyat…










