PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Luar Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah, hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa selain membincangkan potensi kerjasama strategik serta peluang pelaburan yang boleh diperkukuh demi manfaat bersama Malaysia dan Qatar.
“Pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan dan kerjasama strategik,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN









