Anwar dimaklum Zahid berhubung gabungan besar Melayu

Anwar dimaklum Zahid berhubung gabungan besar Melayu

Saman X
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengenai cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha membentuk gabungan besar melibatkan parti politik Melayu dan Islam.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, parti itu setakat ini masih belum mengesahkan sama ada menerima sebarang jemputan rasmi berkaitan cadangan tersebut.

Menurut Fahmi, beliau juga belum berbincang dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh yang akan mengendalikan sebarang urusan berkaitan perkara itu.

“Datuk Seri Zahid telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar. Saya fikir dalam kalangan kepimpinan tertinggi, mereka memahami konteks cadangan tersebut.

“Namun, kebiasaannya sebarang surat atau jemputan rasmi akan disalurkan kepada setiausaha agung. Jadi, saya perlu menyemak dengan beliau sama ada PKR menerima jemputan seperti yang dinyatakan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Pada Perhimpunan Agung UMNO semalam, Ahmad Zahid mengemukakan idea pembentukan gabungan besar parti Melayu dan Islam, yang disifatkannya sebagai langkah memperkukuh kestabilan politik serta mempererat perpaduan dalam kalangan parti berteraskan Melayu-Islam.

Kenyataan tersebut mencetuskan perbincangan memandangkan PKR merupakan komponen utama Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan yang turut melibatkan Barisan Nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN