SEPANG: Pelbagai inisiatif penambahbaikan dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memastikan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 terus berjalan lebih lancar, sekali gus meningkatkan pengalaman penumpang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara langkah yang diperkenalkan adalah penambahbaikan dari segi pengurusan di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang di hadapan terminal. “Di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang, kita memperkenalkan sistem had masa parkir percuma selama 10 minit.…










