Luqman Long kembali aktif bersama Muda

Luqman Long kembali aktif bersama Muda

LUQMAN LONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Long mengumumkan kembali aktif dalam arena politik bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bermula hari ini.

Bekas Ketua Penerangan MUDA itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas beberapa tahun memfokuskan kepada kerjayanya dalam sebuah organisasi bukan kerajaan.

Katanya, tempoh berkenaan dimanfaatkan untuk menimba pengalaman serta memahami secara lebih dekat realiti kehidupan masyarakat sebelum kembali memberi tumpuan kepada perjuangan politik.

“Saya ambil masa selepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas untuk mencari ilmu, menceduk pengalaman dan menekuni sisi lain dalam masyarakat kita. 

“Saya bekerja dalam sebuah organisasi bukan kerajaan dan itu sedikit sebanyak mengalihkan fokus tumpuan saya ke dalam kerjaya sepanjang tahun 2024 hingga 2026.

“Tapi hari ini saya kembali sepenuh masa bersama Parti Muda Malaysia dan akan bekerja keras untuk kembali bersuara bersama semua rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Luqman turut menyifatkan tahun 2026 sebagai tempoh mencabar buat rakyat susulan pelbagai tekanan termasuk dakwaan rasuah serta salah laku yang masih membelenggu institusi negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya berganding bahu memperjuangkan perubahan dan menentang kesalahan serta kecuaian kerajaan yang didakwa terus menambah beban rakyat.

“Tahun 2026 akan menjadi satu tahun yang sukar untuk ramai orang dengan bermacam cabaran, institusi negara yang masih bermandikan rasuah dan salah laku serta ketempangan pemimpin yang tidak sedar dengan keadaan di bawah sana.

“Kita akan sama-sama bekerja keras. Saya seorang tidak cukup. Saya dan kita semua akan betul-betul fokus dalam separuh akhir penggal ini untuk melawan kesalahan dan kecuaian pemerintah dari terus menambah beban kepada semua,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN