PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul seorang kanak-kanak menggunakan rotan, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kertas siasatan membabitkan lelaki berusia 38 tahun kes berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) minggu ini bagi mendapatkan arahan lanjut. “Orang kena tuduh (OKT) telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dirujuk kepada DPP dalam minggu ini,”…










