Lebih setahun terlantar sakit asma kronik - Utusan Malaysia

Lebih setahun terlantar sakit asma kronik

ZULAIKHA Khairudin menguruskan Mohd. Hafendi Ahmad yang terlantar sejak September 2024 di Kampung Losong Haji Long, Kuala Terengganu, Terengganu. – UTUSAN/ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kehidupan seorang suri rumah di Kampung Losong Haji Long di sini, berubah sekelip mata selepas suami yang menjadi tempat bergantung terlantar sejak September 2024.

Zulaikha Khairudin, 36, berkata, suaminya, Mohd. Hafendi Ahmad, 45, mengalami kekurangan oksigen akibat serangan asma kronik dan kini bergantung sepenuhnya dengan penjagaan ahli keluarga.

“Berat badannya menurun daripada 56 kilogram (kg) kepada kira-kira 40kg dan hanya menerima nutrisi melalui susu menggunakan tiub.

“Walaupun mendapat ban­­tuan Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, ia tidak mencukupi. Saya perlu menanggung kos tambahan kira-kira RM500 bagi urusan penjagaannya serta bayaran perkhidmatan pembantu perubatan bagi menukar tiub setiap dua bulan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Zulaikha berkata, kos pengangkutan menggunakan ambulans turut diperlukan bagi menghadiri temu janji rawatan termasuk terapi kerja dan rehabilitasi untuk dua atau enam bulan sekali.

“Memang nampak seperti bukan setiap bulan tetapi perbelanjaan sekolah anak-anak juga perlu disediakan. Bagi menambah pendapatan, saya menerima tempahan makanan seperti laksa dan patin tempoyak,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia dua, lapan dan 10 tahun.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Zulaikha di talian 019-9949266. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN