PETALING JAYA: Lebih 20,000 kanak-kanak Gaza dilaporkan terkorban manakala ribuan lagi masih hilang, dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat serangan berterusan Israel. Kedutaan Palestin memberitahu Utusan Malaysia, antara tragedi tragis yang terbaharu ialah kematian 13 rakyat Palestin, termasuk lima kanak-kanak, dalam satu serangan yang dilancarkan baru-baru ini, mencerminkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Katanya, kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kem Pelarian Jabalia menjadi simbol kegagalan perlindungan…










