KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong usaha menambah baik kurikulum latihan pemanduan dengan memberi penekanan utama kepada aspek keselamatan jalan raya, berbanding pendekatan sedia ada yang lebih tertumpu kepada kelulusan peperiksaan semata-mata. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahbaikan tersebut tidak seharusnya terhad kepada latihan penunggang motosikal sahaja, sebaliknya melibatkan semua kategori pemandu termasuk kenderaan persendirian dan kenderaan berat. Katanya, isu keselamatan jalan raya perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan…










