PETALING JAYA: Cadangan kolaborasi agung parti Melayu-Islam perlu diperjelaskan secara berhati-hati bagi mengelakkan ia disalah tafsir rakyat sebagai langkah mengundur ke arah politik lama. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha memulihkan sokongan masyarakat Melayu seharusnya digerakkan melalui pembaharuan menyeluruh bukannya menerusi pendekatan pengelompokan politik. Menurut beliau, kebimbangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai sokongan orang Melayu serta keperluan memastikan kepentingan umat terus…










