KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan meminda perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal atau 10 tahun. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah merancang meminda perlembagaan negeri bagi melaksanakan beberapa pembaharuan penting bagi memperkukuhkan pentadbiran selepas menguasai dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi kerjasama politik yang dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Katanya, tiga perkara yang akan dilakukan kerajaan pimpinannya menerusi…










