KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) bagi mengukur jurang digital dalam masyarakat serta memastikan usaha pendigitalan negara tidak melebarkan ketidaksamaan sosial. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, MyIKD akan berfungsi sebagai pangkalan data berpusat untuk menilai tahap keterangkuman digital rakyat termasuk aspek kemampuan (affordability) dalam kalangan masyarakat. “MyIKD dibangunkan bagi mengukur jurang digital secara lebih menyeluruh, khususnya dari segi kemampuan akses, supaya hasil dapatan ini dapat…










